Thursday 15 September 2011

Suka dan Duka Aidilfitri 2011

Berbuka bersama Arwah TokAyah dan Bonda.
Sampai dirumah jam 2pm...bertolak dari Shah Alam jam 6.30am...Turut serta Kekanda ZUBAIDAH BINTI MAMAT..Jumpa juga akhirnya menu yang diidamkan "kerabu sare'', Sup GearBox oleh bonda tercinta..Sayur campur masak lemak. Betapa gembiranya hati dapat berbuka puasa bersama Ayahanda dan Bonda...TokAyah berselera sekali dengan sup Gearbox..Katanya kalau tampa supGearbox tu...dia tak akan boleh makan sebanyak itu...Mungkin juga selera terbuka kerana gembira dengan kehadiran anak-anak dan juga cucu-cucunya...






Arwah Tok Ayah malayan telatah cucu-cucunya...Tiada tanda-tanda ayahanda akan pergi buat selama-lamanya..Gambar ini dirakam 4hari sebelum TokAyah kembali keRahmatullahhh....Alfaatihah untuk Ayahanda tercinta...Pergi yang takkan kembali buat selamanya...


Ku tinggalkan Ayahanda dan Bonda untuk seketika demi tanggungjawabku sebagai suami..Tahun ni turn raya kat Jeli..27 Ramadhan bertolak ke jeli..Sempat ku khabarkan pada Ayahanda, anakanda akan kembali pada 2syawal..Kakak dan sepupunya Aisya di Kg berdang Jeli..


Anakku Nurun Athirah


Menu istimewa untuk berbuka 29 Ramadhan..Daging Kerbau berempah panggang. Ini lah yang dikatakan rezeki..Daging musir dalam kerbau yang baru lepas disembelih sebanyak 2kg berjaya dibeli...untuk pengetahuan daging bahagian ini(musir dalam sangan lembut dan sangat sesuai untuk dipanggang) Kesumuanya diproses dan perap dengan ramuan terpilih untuk membangkitkan rasa istimewa oleh Al fadhil sheikh Rosdi Bin Mamat selaku shef jemputan..


Sedia untuk dihidangkan..




Pagi 1syawal. selepas solat sunat Idulfitri@aidilfitri..




































2syawal..Rombongan kenduri anak saudara..Mohd Sollehuddin di Besut Trggnu.



Juwitaku...Norhasilah binti Razali dan Nurin Athirah Binti Rosdi...

MakChu, MokNik dan MokChik



Sehari sebelum TokAyah kembali Kerahmatullahh..Tok Ayah berserban putih, Kain tuala Oren ditengkuk..Abbg Ngah berkaca mata hitam...

 Bonda tercinta Eshah Binti Omar mengadap kamera..





Menjamu selera..Gulai kawah..



5 daripada 6 saudara perempuan. Dari kiri Rohani, Roslina, Zainab, Zainon, Zubaidah

Selamat Pengantin Baru..

Tiada aksi2 lensa kamera pada 3syawal 1433 bersamaan 1 September 2011 kerana pada hari itu Ayahanda tercinta Hj Mamat bin Hj Ab Majid (Tok Ayah) telah kembali keRahmatullah sekitar jam 8.00pagi...Jurukamera dah tak ingat pada kemera sendirii..Mengimbau kembali malam terakhir sebelum Tok Ayah kembali keRahmatullah...Setelah pulang dari rombongan kenduri Sollehuddin..Tok Ayah menyuruh Mak chu memasak nasi takut2 ada yang lapar..walaupun dah makan nasi gulai kawah petang tadi..mana tahu takut2 ada yang tak berapa kenyang...Selepas sembahyang Magrib..Penulis sendiri merajinkan diri memotong kacang bendi (kace mior) untuk dibuat "SINGGANG" dengan dibantu oleh Makchu...maka siaplah makan malam nasi putih bersama ikan toman masin goreng dihidangkan bersama kacang bendi singgang...Penulis tampa membuang masa terus menjamu selera bersama Tok Ayah dan PakChu...Ayah Da buat donno jer masa tuu...Duk dalam bilik dia..Tidur2 ayam kot..Arwah Tok ayah nampaknya berselera menghirup kuah Singgang bendi...Alkisah penulis pula keluar kerumah Umi (Zainab Binti Mamat) setelah selesai makan malam bersama Tok Ayah untuk mengambil ubat demam kerana anakanda Alya Qistina ada tanda2 deman...Balik dari rumah Umi lebih kurang jam 11pm..Rumah Tok Ayah dah sunyi, semuanya dah lena diulit mimpi..Penulis pun tampa membuang masa bersiap sedia untuk membungkam juga. sebelum tu teringat pula nak nyalakan lingkaran nyamuk (Ubat nyamuk) untuk mengelak si kecil Nurin Athirah daripada gigitan nyamuk..Sambil mencari pemitik api, secara spontan tangan penulis menguak pintu bilik Tok Ayah..Penulis dengan jelas nampak Tok Ayah tidur dengan lenanya...Setelah beres semuanya..penulis pun lena sampai jam lebih kurang 6am 3syawal...Penulis bangun untuk menunaikan solat subuh..Dah tak de sahur..tidur pun lena sampai tak terjaga awal untuk solat subuh berjamaah di masjid..(semoga amal soleh yang sedikit ini ikhlas dan diterima oleh Allah swt...)Selesai soolat subuh, hari masih gelap..Penulis tidur2 ayam dulu sementara menunggu hari beransur cerah..Program 3 syawal ialah pergi kenduri menyambut menantu di Wakaf Raja, Pasir Putih Kelantan..Al kisah detik2 semasa Tok Ayah Jatuh sakit mengejut lebih kurang jam 7.30am(lebih kurang) Terlebih dahulu tok Ayah sempat bersarapan pagi dengan minum teh panas yang disediakan oleh Mak Chu..Menurut Mak Chu semasa minum teh itu tiada tanda-tanda Tok Ayah sakit..Malahan Tok Ayah masih boleh bersembang seperti biasa dengan Mak Chu...Katanya pagi-pagi macam ni, kalau goreng bihun pun laku..Sambil berbual dengan Mak Chu, Tok Ayah hanya minum separuh gelas sahaja teh yang disediakan oleh Mak Chu. Selesai minum Tok Ayah kembali ke kamarnya sementara menunggu hari betul-betul cerah...Sementara penulis tidur-tidur ayaam, penulis terdengar suara Mak Chu bertanyakan Tok Ayah " Ayah kenapa Ayah...ayang pening ker"...Mak Chu memanggil penulis dan Ayah Da untuk tenggokkan Tok Ayah..Panggilan kedua Mak Chu barulah penulis bingkas dan menuju ke tangga dapur. Kelihatan Tok Ayah dah terbaring disitu..Tok Ayah terbaring sambil mulutnya tampa henti mengucapkan kebesaran Allah..Pagi yang damai dikejutkan dengan peristiwa Tok Ayah jatuh sakit dengan tiba-tiba..Tok Ayah sakit dalam tempoh tak sampai satu jam..Anggaran penulis dalam lingkungan 30-40minit sahaja. Apa yang terdaya dilakukan oleh penulis pada waktu itu ialah mongosokkan badan Tok Ayah dengan minyak urut kerana itu sahaja yang disuruh oleh Tok Ayah..Sambil badannya di gosok oleh anak dan menantu...Tok Ayah tampa henti mengucapkan shahadah dan memuji Allah..Tok Ayah sempat menanyakan penulis sama ada betulkan apa yang diucapkannya..Tampa rasa ragu-ragu penulis mengiakan dan memberi galakan supaya teruskan dengan syahadah dan mengingati Allah setiap masa..Saat yang paling syahdu bagi penulis ialah semasa Tok Ayah memanggil bonda untuk bermaafan dengan memohon Maaf dari bonda serta minta halal segala makan minum yang disediakan oleh Bonda sepanjang hidup bergelar suami isteri...Tok Ayah juga sempat berpesan supaya mengadakan kenduri selepas kematiannya dengan menyembelih lembu peliharaannya...Kurang dari 10minit selepas dari "berwasiat" penulis yang berada disebelah kiri Tok Ayah, nampak tanda-tanda Sakaratulmaut Tok Ayak dah tiba....penulis tampa henti membisikkan kalimah Shahadah ketelinga Tok Ayah...disebelah kanan Abang Him juga membisikkan Allah, Allah, Allah... berterusan ketelinga Tok Ayah sampai nafas terakhir Tok Ayah ditarik oleh malaikat Maut..Terpisahlah sudah roh dari jasad Ayahanda tercinta kembali kepada sang pencipta yang maha Agung ALLAHU RABBUL JALIL. Jenazah arwah Tok Ayah selamat di semadikan pada pukul 1.15pm


AL-FAATIHAH... untuk arwah Tok Ayah...Semoga termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal SOLEH...


4 syawal..kerja-kerja pemotongan kayu api untuk masakan pada majlis kenduri Arwah Tok Ayah. Dalam gambar...pegang chainsaw ialah Man, Along(shafiq), Mat Duan dan Sulaiman



Yang tak pakai baju tu macam jerangkung.






















No comments:

Post a Comment