Monday 20 June 2011

Cuti jun 2011


Gambar ini di ambil semasa balik bercuti awal jun lalu...sungguh mendamaikan melihat sekitar tempat kelahiran ku...suasana sudah banyak berubah sesudah 31 tahun berlalu.. 


Pokok durian yang paling tua dihalaman rumah ku...megah berdiri dan tidak pernah jemu berbudi pada tuannya...rasa buah yang manis lemak..tak jemu dimakan...

Jambu merah..semasa merakamkan gambar ini...terdapat banyak buah yang gugur akibat terlalu ranum...Ada nostalgia di sebalik pokok jambu ini. akulah orang yang pergi membeli anak pokok ini suatu masa dahulu...kalau tak silap harganya RM 1 sepokok..Benih hasil dari ranting pokok yang du "TUT"..

Layan anak mandi kat jeram...lata janggut Jeli Kelantan...Dulu airnya jernih..Tapi entah kenapa semasa kunjungan jun lalu airnya keruh..x ada selera aku nak mandi. Hanya memerhatikan Alya Qistina dan Hafiz haiqal mandi

Pemandangan masih cantik...tak banyak perubahan...mendamaikan

sempat juga pergi memancing di "Berih"...tempat yang berpotensi...tapi menyecewakan...

spot yang nampak berpotensi...tapi hasilnya takderr...

Program mandi sungai belum habis lagi...kali ini mandi disungai kg Tok ayah plak...tempatnya Setiu Terengganu...tempat ni di panggil "Panggung' oleh penduduk tempatan....air yang jernih sekali...

Keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak yang dapat menikmati kesejukan air sungai yang bebas dari pencemaran...Asalnya tempat ini adalah empangan untuk mengairi sawah padi...Di tebing sungai terdapat kesan penerokaan kawasan rizab hutan simpan...Tangan-tangan yangrakus memusnahkan alam sekitar..

No comments:

Post a Comment